Friday, January 7, 2011

tanggungjawab suami pada isteri

td masa belek fesbuk terjumpala artikle ni....mcm nak share dengan semua...selain mengingatkan suami saya dan juga ingin mengingatkan suami2 di luar sana dan jgk bakal menjadi suami....

hayatilah...
love,
lia

1). Membimbing Isteri Beribadat Kepada ALLAH.

Nabi mengizinkan kaum wanita solat di masjid dan mengikuti majlis ilmu yang diadakan di dalamnya. Bukhari dan Muslim melaporkan dari Aisyah,” Para mukminah melakukan solat subuh bersama nabi.Mereka tertutup di sebalik tabir.Selepas menyelesaikan solat, mereka kembali ke rumah masing-masing.Tidak seorang pun yang mengenali mereka kerana gelapnya akhir malam.”

2).Menggauli isteri Dengan Baik.

Rumah tangga sakinah, mawaddah dan rahmah tidak tercapai apabila hubungan baik antara suami dan isteri masih belum wujud. Dalam hal ini, Ahmad dan Tirmizi menceritakan, nabi berkata,”Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya.Sebaik-baik kamu adalah yang paling berbuat baik kepada keluarganya.”

3).Memberi  Nafkah kepada Keluarganya.

Kewajipan paling utama bagi suami adalah member nafkah kepada isterinya. Betapa pentingnya erti memberi  nafkah  diceritakan oleh Bukhari di mana nabi menegaskan, “Wajib bagi kamu memberi  nafkah dan sandang dengan baik untuk isterimu.”

4). Memenuhi Keperluan Biologi.

Manusia mempunyai tanggungjawab meramaikan keturunan dengan melakukan perkahwinan sesuai dengan yang digariskan oleh ALLAH.Dengan cara sebegini, asal usul keturunan seseorang menjadi jelas sehingga dapat terbentuk  ikatan keluarga dalam kehidupan manusia  di muka bumi  ini. Oleh it, baik suami mahupun isteri tidak dapat menolak apabila salah satunya menginginkan hubungan intim.ALLAH menjelaskan  di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud,”Isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam.”

5). Menjaga Kehormatan Isteri.

Suami perlu menjaga kemulian isterinya daripada perkara yang menyebabkan kehormatannya dihina ataupun perasaannya dilukai.Ahmad,Abu Daud dan Nasaie menceritakan, nabi pernah ditanya oleh seseorang’ “Apakah hak kita yang wajip kita penuhi?”Nabi menjawab, “Kamu member makan kepadanya apabila kamu makan.kamu member pakaian kepadanya apabila kamu berpakaian.Jangan kamu pukul wajahnya! Jangan kamu cela! Dan jangan kamu pisah ranjang  kecuali di dalam rumah.”

6). Menghiburkan Isteri.

Dalam beberapa keterangan, nabi banyak memberikan contoh praktikal mengenai cara menghibur isteri seperti mengajaknya bercanda ataupun bermain. Bukhari dan Muslim menceritakan kepada Ummu Athiyyah menerangkan, “Kami disuruh keluar rumah pada hari raya hingga para gadis pun turut keluar, begitu juga wanita-wanita yang sedang haid.Mereka semua berada di belakang  kaaum lelaki, melaungkan takbir seperti  yang melaungkan kaum lelaki dan berdoa sebagaimana mereka berdoa.”

7).Membantu Isteri Menjalankan Tanggungjawab Rumah Tangga.

Walaupun mengatur rumah tangga adalah tugas wanita tetapi perlu disedari  mengurus rumah tangga bukan tugas yang mudah. Oleh  itu, tidak sepatutnya suami memadang isteri  yang menjadi suri rumah memiliki beban kerja  yang sedikit. Bukhari menceritakan, Aisyah pernah ditanya. “Apakah yang dilakukan oleh Nabi di rumah?” Dia menjawab, “Beliau membantu pekerjaan rumah tangga.”

8).Membantu Isteri Berbakti Kepada Orang Tuanya.

Suami perlu membantu serta menganjurkan isterinya bagi berbakti dan mengeratkan silaturahim dengan orang tua dan keluraganya. ALLAH menjelaskan dalam surah Al-Israk ayat 23 bermaksud, “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya kamu jangaan menyembah selain dia dan hendaklah  kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.”


No comments: